Perpisahan dengan orang tersayang merupakan suatu perkara biasa. Walaubagaimanapun terdapat ramai antara kita yang keliru dengan konsep qada dan qadar di dalam Islam apabila kita menjustifikasikan perpisahan dengan kekasih dengan “Allah swt mentakdirkan sesuatu”. Di dalam Islam kita percaya bahawa segala yang berlaku dan akan berlaku (takdir) tertulis dalam al-Lawhu 'l-Mahfuz. Menurut kepercyaan ini, segala yang berlaku dan akan dilakukan BUKAN kerana apa yang tertulis malah segalanya tertulis hanya kerana Allah swt maha mengetahui. Allah swt tidak mentakdirkan kita melakukan perbuatan baik mahu pun yang keji malah Dia hanya mengetahui kerana Die adalah pencipta segala galanya termasuk masa dan jasad (time and space). Oleh sebab itu kita bertanggungjawab terhadap segala perbuatan kita. Dalam segi pilihan kekasih kita bebas memilih pasangan dan jodoh melalui perbuatan dan usaha kita. Berpisah dengan orang tersayang hanya disebabkan oleh tingkah laku kita dan tiada sebarang kaitan dengan takdir Allah swt untuk kebaikan mahupun kemudaratan kepada kita. Sebagai contoh pasangan yang berpisah kerana suami memukul isteri lalu bercerai tidak boleh menyatakan perhubungan mereka putus kerana ia telah ditakdirkan. Perhubungan mereka putus kerana suami memilih untuk memukul dan isteri memilih untuk tidak berkompromi. Kedua pihak mempunyai kebebasan memilih dan Allah swt hanya mengetahui bahawa mereka akan berpisah dan tidak menyebabkan mereka berpisah. Konsep takdir yang mengutarakan berpisah kerana Allah yang mengtakdirkan adalah konsep predestinasi agama yahudi.
Published with Blogger-droid v1.6.8
No comments:
Post a Comment