Saturday, June 4, 2011

Berita Harian Online | Tumit Tinggi: Lelaki kaki penipu

Berita Harian Online | Tumit Tinggi: Lelaki kaki penipu

2011/06/04

KATA orang, lelaki kalau menipu dan kantoi, dia berjanji tak akan ulang, tapi tak adanya. Yang betul, dia makin pandai menipu. Ya kah? Itu soalan yang TT paparkan pada laman facebook TT baru-baru ini.

Seronok TT membaca komen rakan FB TT. Yang sejenis dengan TT, emosi, macam TT jugalah dan yang lelaki, macam biasalah....lelaki!!! Ada kaum Adam tu kata TT saja provoke, ishhhh..bukan nak provoke, TT nyatakan yang benar, yang nyata, terang lagi, tak perlu suluh-suluh, cuma nak faham mengapa, kenapa?
Adalah seorang jejaka, KAM namanya. TT salute, gentleman jugalah. Tak melenting malah mengakui benarnya kata-kata TT. Sesiapa yang mengikuti laman facebook TT, mungkin dah baca apa kata KAM, tapi pada mereka yang tak add TT lagi jadi kawan atau tak sempat nak tengok, ini kata KAM.

Kata dia, lelaki ni memang dah lumrah, akan cuba dapatkan, kekalkan, menghubungkan dan apa-apa saja saja yang berkaitan dengan menipu (sambil minta maaf pada kaum sejenisnya..hahaha). Sambung KAM, memandangkan lelaki ni ada 9 akal, jadi menipu adalah satu kaedah yang popular dan mudah untuk...semua perkara. Gitu...

Siap bagi contoh lagi ya...Sebagai contoh kata KAM, baru bangun tidur, pagi ada date dengan girlfriend, ayat biasa `on the way’. Ini bertujuan melegakan perasaan si dia, itu yang lelaki fikirkan dan juga untuk menutup kelemahan mereka, biasalah ego lelaki, katanya.

Tapi ada juga yang menipu untuk perkara sebaliknya, jelas KAM dan itu, kata KAM, memang tidak dapat dimaafkan. (Apa yang sebaliknya ya?).

Apapun, kata si jejaka budiman ini lagi (pada TT lah), lelaki memang suka menipu. Disebabkan ego lelaki, rata-ratanya susah nak ceritakan hal yang sebenarnya. Perkara ini terlalu subjektif, tegas KAM.
Tapi ada ayat KAM ni juga yang buat TT tersentap juga sekejap. Nasihat dia begini:

“Terimalah hakikat wahai wanita, lelaki menipu pun untuk kebaikan dan juga ada perkara yang tak dapat dicapai oleh akal wanita. Jadi, kalau kalau lelaki tipu benda yang remeh-temeh tu, terima sajalah, dah memang kekurangan lelaki di situ, payah nak cakap jujur. Lelaki unik, bukan begitu?”

Bab lelaki menipu sebab itu kelemahan dia orang, TT setuju. Bab tipu untuk kebaikan..emmm....ada juga ya tipu untuk kebaikan...kira macam `tipu sunat’ tu, macamlah bila menipu boleh dapat pahala!

Bab ada perkara pasal lelaki yang tak dapat diterima akal wanita tu, aisey, itu lagi buat TT tergaru-garu kepala yang tak gatal. ‘Panas’ sikit TT rasa. Lagi mahu guna kelebihan sembilan akal dia. Kalau setakat ada sembilan akal tapi guna untuk benda tak bagus, baiklah jadi macam TT dan suku-sakat TT, akal memang satu tapi digunakan sebaik-baiknya, untuk perkara yang baik, ke arah kebaikan. Apa gunanya kuantiti kalau tak ada kualiti? Bukan begitu?

Bagilah alasan apa pun, ego lelaki ke, kelebihan akal lelaki ke atau kelemahan lelaki sekali pun, bagi TT satu je, memang kebanyakan lelaki dah hidup dia memang suka menipu, nak menipu, minat menipu. Itu tabiat dia orang, dah macam darah daging, dilahirkan dengan DNA sebegitu.

Tak adalah alasan menipu untuk kebaikan, nak melegakan perasaan wanita atau apapun alasanlah yang digunakan untuk ‘menghalalkan’ perbuatan tu, menipu memang sah-sah, nyata lagi jelas, bukan benda baik dan kesannya juga buruk.

Kalau yang dah berteman, ada buah hati istimewa, tunang atau isteri, dah beranak-pinak, gatal-gatal SMS, call perempuan lain, di waktu pelik, bila isteri tiada, atau bila si suami keluar rumah, kena kantoi, menipu cakap perempuan tu yang cari dia, sedangkan sah-sah rekod panggilan membuktikan si lelaki yang hantar SMS dan call, kalau tak ada niat tak baik, kenapa nak menipu, bukan?

Kalau yang beristeri lebih daripada satu, dengan isteri pertama bersumpah janji setia, kaulah satu-satunya ratu dalam hidupku, tapi dengan isteri kedua beritahu isteri pertama tahu kehadiran madu dan merestui, kalau betul-betul ikhlas dan berani, kenapa nak menipu bukan?

Alasan, sayang kedua-duanya dan tak mahu rumah tangga berantakan tapi betulkah tindakan begitu? Banyak buruknya kalau menipu ni. Macam laporan akhbar baru-baru ini, isteri kedua kena serang dengan isteri pertama, kena pukul, tampar, pijak sampai cedera sebab rupa-rupanya isteri pertama tak tahu dia dimadukan dan isteri kedua pula, selama ini mati-mati percaya cakap suami, yang perkahwinan mereka direstui isteri pertama.

Itulah hadiah menipu lelaki! Darah dan air mata...

1 comment:

  1. sakuraslalu mengikut perkembangan TT kt BH& FB.dh jadik followers pun.bg sakura artikel dier ni cm dh jadik luahan rasa sakura sendiri..bkn provoke k..but thats the truth!

    ReplyDelete