Tuesday, August 2, 2011

Akademi Ramadhan-Menuju Puncak Takwa


Salam Ramadhan smuer...sakura menulis blog ni selepas sahur dan menunggu solat subuh...sambil tu sakura nk petik isi kandungan buku Akademi Ramadhan ditulis oleh Abdul Razak Muthalib-keluaran PTS Islamika.

Buku ini kandungannya simple,padat tapi penuh dengan informasi tentang bulan ramadhan dan amalan-amalan yg dituntut.

Antara kandungan nenarik yang dipetik:

Berita Gembira bagi org yang berpuasa:

"Berpuasa itu lebih baik bagi Kamu,sekiranya kamu mengetahui"-surah al-baqarah,ayat 184)

Puasa sebagai perisai

Dalam hadis Rasullulah menganjurkan supaya memperbanyakkan berpuasa bagi orang yg belum berkahwin.Ini dapat mengelakkan diri daripada kancah maksiat dan penzinaan yang diharamkan.

Kita dapat masuk syurga dengan Berpuasa

Ar-Rayyan bg orang yang berpuasaAr-Rayyan ialah pintu syurga.Apabila ibadat puasa mejauhkan diri kita dari api neraka,maka ia mendekatkan diri kita dengan pintu syurga.

Antara silibus pilihan dan digalakkan sepanjang bulan Ramadhan ialah:

1.Solat Terawih
2.Bersahur dan melewatkan sahur
3. Memperbanyakkan sedekah
4. Bertadarus Al-Quran
5. Menjamu orang berbuka puasa
6. Iktikaf pada 10 hari terkahir Ramadhan
7. Berbuka puasa dengan Tamar atau air


Peraturan and undang-undang:

1. Tidak boleh makan atau minum dengan sengaja,kecuali kalau terlupa.
2.Tidak muntah dengan sengaja
3. Tidak boleh berjimak pada siang hari
4. Keluar haid dan nifas

Awas !maklumat palsu tentang Ramadhan:

Hadis palsu tentang kelebihan solat Terawih:

Terdapat hadis2 yang lemah yng menyatakan kelebihan setiap hari solat terawih dimana hadis itu menyebut tentang kelebihan dan ganjaran yang banyak apabila melakukan amalan yang kecil.

contoh Allah mengurniakan pahala sekalian para nabi pada hari ke17 solat terawih.Hadis ini lemah dan tidak dipastikan kesahihannya.


Itulah antara petikan2 dalam buku ini.semoga mendapat manfaat daripadanya dan jangan sia-siakan setiap ganjaran yang Allah berikan.


No comments:

Post a Comment