ni bkn aota ar..sbb ader bukti dipetik dr filem uoalls...definisi dan pengertian cinta dr filem...yg jd favourite sakura.Mungkin la ader yg nk bg awekks ke, bf ker..bley jugak la disharekan.ader kerr?
1.Cinta adalah memperhatikan dan memberi, tanpa berharap untuk diperhatikan dan diberi. Cinta mcm Brownies,cuba dan cuba sehingga mndapat hasil yg dingini.berani mengungkap RASA--Filem Brownies
2.Cinta adalah anugerah dan hak Allah,jika cinta sudah ada dalam hati,maka Allah telah berada dalam hati kita.siapa cakap KLCC dan Sawah Padi tidak boleh bersatu?--Filem Cun
3.Di Antara 7 Petala Langit dan 7 Petala Bumi, ada 7 Petala Cinta-=Filem 7 Petala Cinta
4.Surat daripada Zainab kepada Hamid- Setiap pagi aku terbangun dengan air di mata. Bukan kerana aku menderita oleh cinta, bukan juga kerana hidup yang tak berpihak kepada kita, tapi kerana syukur bahawa dia masih memberiku nafas untuk menunggumu. Dan di sinilah aku hamid, menunggumu satu-satunyanya lelaki yang aku bayangkan akan menjadi imamku kelak. Lelaki yang mencintaiku dan aku cintai. Hamid, jika dunia ini terlalu sempit untuk kita, biarlah Allah membukakan pintu lain untuk kita ke tempat di mana sejenis sesuatu menjadi abadi. Dan semoga ketika dunia tidak merestui cinta kita, kita punya Allah yang akan merestuinya.------Filem Dibawah Lindungan Kaabah
5.Surat daripada Hamid kepada Zainab -Zainab, maafkan aku pergi tanpa sempat pamit secara pantas kepadamu. Maafkan aku kerana baru berkirim khabar setelah melalui perjalanan yang panjang. Dan saat ini, akhirnya aku bisa berada di tanah suci Mekah. Selama perjalanan panjang kelmarin Zainab, kau memang tak hadir secara kasar mata di dekatku, tapi aku tak perlu mata untuk merasakan kehadiranmu ke dalam jiwaku. Tuhan memberiku kekuatan luar biasa untuk terus mencintai. Bahkan di saat-saat ku kalah, cinta ku tak dibiarkan lekang dan hilang. Maka di sinilah aku berada Zainab, di negeri di mana impian kita berpusat. Ku bawa jiwamu, cintamu dan cinta-Nya bersama ku. Teruslah memohon Zainab, agar cinta kita menuju jalan terindah milik Allah semata.------Filem Dibawah Lindungan Kaabah
6.Jodoh dari Allah. Kamu berdua berpandangan mata,terus menusuk ke kalbu.Kamu terus meminang Syuhada dan Syuhada terima pinangan kamu.Dan kamu berdua menikah. InsyaAllah berkekalan hingga ke akhir hayat. Dan itulah yang dikatakan SYURGA CINTA-Filem Syurga Cinta
7.Sekalipun cinta telah kuuraikan dan kujelaskan panjang lebar.Namun jika cinta kudatangi aku jadi malu pada keteranganku sendiri.Meskipun lidahku telah mampu menguraikan dengan terang.Namun tanpa lidah, cinta ternyata lebih terang.Sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya.Kata-kata pecah berkeping-keping begitu sampai kepada cinta.Dalam menguraikan cinta, akal terbaring tak berdaya.Bagaikan keledai terbaring dalam lumpur,Cita sendirilah yang menerangkan cinta dan percintaan.-Ketika Cinta Bertasbih
8.Perempuan Datang Atas Nama Cinta
Bunda Pergi Karena Cinta
Digenangi Air Racun Jingga Adalah Wajahmu
Seperti Bulan Lelap Tidur Di Hatimu
Yang Berdinding Kelam Dan Kedinginan Ada Apa Dengannya ?
Meninggalkan Hati Untuk Dicaci
Lalu Sekali Ini Aku Lihat Karya Surga
Dari Mata Seorang Hawa
Ada Apa Dengan Cinta ?
Tapi Aku Pasti Akan Kembali Dalam Satu Purnama
Untuk Mempertanyakan Kembali Cintanya
Bukan Untuknya Bukan Untuk Siapa
Tapi Untukku...
Karena Aku Ingin Kamu
Itu Saja...---Filem Ada Apa Dengan Cinta
9.Ketika satu pintu kebahagian tertutup,pintu yang lain dibukakan.tetapi sering kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibuka bagi kita.-Filem Nur Kasih
10"Cinta tak kejam, tapi manusia yang tak pandai menghargai cinta,Allah menyayangi orang yang sabar.Redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah" - Filem Ombak Rindu
Mungkin ader yg nk disharekan lagi...bley jer hihi
Tuesday, May 1, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment