Tuesday, November 8, 2011


Best jugak citer aku x bodoh ni yer.ingatkan citer bodoh2 jer hahaha.
Mula2 klakar,ending sedih lak.bnyk pengajaran utk parents yg sibuk bekerja and x pedulikan ank2..renung2kan,selamat beramal!

Release Date
2nd December 2010

Genre
Family, Comedy

Studio
Grand Brilliance, J Team Productions, Asia Media Contents, RAM Entertainment, PMP Entertainment
About
Sebuah adaptasi filem Jack Neo “I Not Stupid Too”
Starring
Amy Mastura, Riezman Kuzaimi, Namron, Ijat, Rohaizat Hassan, Aeril Zafrel, Datuk Jalaluddin Hassan, Adibah Nor

Directed By
Boris Boo
Produced By
MM2 Entertainment dan B&L Kreatif

Website
http://www.akutakbodoh.com


Sinopsis Aku Tak Bodoh:- Berkisarkan tentang seorang pelajar bernama Roy, 16 tahun yang menghadapi liku-liku hidup remajanya. Seperti remaja yang lain, Roy cuba memahami kata neneknya yang menegaskan bahawa adat orang melayu menuntut orang muda menghormati orang yang lebih tua dan tidak boleh melawan kata walau apa jua keadaannya. Ibubapa Roy terlalu sibuk dengan urusan kerja sehingga tiada masa untuk Roy dan adiknya di rumah.
Bapanya seorang pencipta program komputer percaya kritikan bapanya dahulu terhadap dirinya menjadikan dirinya seorang yang berjaya dan dia yakin tradisi ini perlu diteruskan dalam membesarkan Roy dan adiknya.Ibu Roy pula bekerja sebagai pengarang majalah senior. Mereka berusaha mengumpulkan kemewahan untuk keluarga mereka kerana menganggap itu yang paling penting dalam peranan sebagai ibubapa. Mereka juga tidak percaya pujian pada anak-anak adalah sesuatu perkara yang baik. Adik Roy juga mengalami situasi yang kritikal.

No comments:

Post a Comment