Saturday, November 12, 2011

Wang hantaran

Sedikit pengetahuan tentang wang hantaran yg sakura ambil dr http://www.shakirshafiee.com/v1/2010/12/09/wang-hantaran-percuma-atau-berbayar/


Bertenang buat semua syabab-syabab diluar sana. Ada berita baik untuk anda semua mengenai wang hantaran. Wang Hantaran yang menjadi salah satu perkara wajib dalam sesuatu perkahwinan. Dan mungkin juga satu perkara yang sangat ditakuti oleh syabab-syabab yang ingin berkahwin.

Dalam bulan ini sahaja beratus-ratus pasangan mendirikan rumah tangga walaupun isu kenaikan minyak, gula, gas dan sebagainya tetapi ia tetap tidak sedikit pun menghalang benda yang baik ini untuk diteruskan.
Dan saya pernah terdengar wang hantaran paling tinggi di Malaysia ialah di negeri Kedah. Tidak pasti betul atau tidak. Sebab dari pengalaman saya yang meletakkan hantaran tinggi adalah mereka atau keluarga yang kurang faham tentang perkahwinan yang sebenarnya yang dituntut dalam Islam.

Firman Allah dalam Surah An-Nisa ayat 4, bermaksud, ” Berikanlah kepada orang perempuan itu mas kahwin mereka.”

Nabi pernah bersabda, “Carilah untuk dijadikan maskahwin walaupun sebentuk cincin yang diperbuat daripada besi .” ( Riwayat Bukhari )

Kalau betul syabab-syabab diluar sana ingin melangsungkan perkahwinan dan sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga hantarlah rombongan meminang kerana dengan majlis pertunangan inilah masa untuk saling kenal mengenali dan paling penting adalah menetapkan wang hantaran. Saat inilah yang sangat ditakuti oleh syabab-syabab yang mahu kawen. Adakah 5k atau 8k atau 10k atau lebih dari itu.

Sebelum melangkah pada hari pertunangan tersebut mintaklah pada Allah tuhan sekalian alam memudahkan dan menyenangkan urusan pertunangan ini disamping solat hajat dan sebagainya. Agar majlis yang penuh barakah nanti tidak bertukar majlis perdebatan wang hantaran atau sebaliknya.
Jika niat kita baik dan soleh untuk memperisterikannya bukan kerana nafsu atau sebaliknya.

Percayalah dan yakinlah bahawa segalanya akan menjadi mudah. Dan kemungkinan wang hantaran yang menjadi isu-isu bertukar kepada senyuman yang lebar.

Yakinlah bahawa keluarga yang memahami agama dan tuntutan dalam perkahwinan tidak akan membebankan syabab-syabab diluar sana untuk berkahwin janji niat yang tulus dan ikhlas.

Dan kisah benar yang terjadi pada keluarga saya apabila wang hantaran yang menjadi ketakutan itu diserahkan pada pihak lelaki untuk menentukan berapa wang hantaran tetapi tidak bermaksud percuma. Dan pihak lelaki mestilah berbincang dengan pihak perempuan berapakah wang hantaran yang layak bagi seorang pelajar yang belum berkerja dan masih tidak mempunyai aset sendiri.

Dan inilah keluarga yang memahami konsep perkahwinan yang sebenar.

Orang kedah kata hangpa pikiaq la sendiri berapa yang perlu diberikan wang hantaran yang perlu tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah.

Dari sudut agama memang tidak menjadi kesalahan bagi mereka berkemampuan, namun perkara itu akan dinilai sebagai perbuatan menunjuk-nunjuk oleh masyarakat. Pihak keluarga dan bakal pengantin tidak sewajarnya menjadikan matlamat perkahwinan berasaskan hantaran tinggi sebaliknya perlu mengutamakan kerukunan dan kebahagiaan rumah tangga pada masa depan.Kita khuatir jika perkara itu terus menjadi ikutan, matlamat perkahwinan mungkin disalah erti terutama bagi generasi muda.

Shakshaf : Mas kahwin adalah ditentukan oleh Majlis Istiadat Melayu yang telah dipersetujui oleh D.Y.M.M sebagai ketua Agama Islam Negeri. Kadarnya tidak ditetapkan, terpulang kepada pasangan yang ingin berkahwin. Manakala wang hantaran pula, ia adalah sebagai adat sahaja. kalau salah betulkan yer..

No comments:

Post a Comment